Wednesday, May 13, 2015

Selamat ulang tahun perkahwinan ke #9!



Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga. 

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami. 

Ya Allah, berkatilah kami. 

Selamat ulang tahun perkahwinan ke #9 Sayang!




Saturday, October 25, 2014

Mama Kursus

Mama pi Kursus.. Abah jadi baby sitter Farihyn & Fahym 
Nasib baik Atam tolong jaga Dyan!

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah 1436h kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Malaysia diberkati & dirahmatiNYA. 

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day! Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, post kali ini... untuk menghargai dan mensyukuri diatas kelahiran Puteri sulung kami.. pada 4 pagi - 13 Jun 2014, Alhamdulillah.. Syukur pada Allah

Terima Kasih Mama atas jasa dan pengorbanan besar 9 bulan mengandungkan, menjaga dan melahirkan.. Terima kasih kerana tanpa jemu berusaha tanpa mengira penat dan sakit.. Terima kasih..

Alhamdulillah Hari Bapa paling bermakna kali ini dengan kehadiran puteri dalam keluarga kami...
Terima kasih juga semua yang "Like" dan ucapan Tahniah!





Terima Kasih!

Sunday, April 21, 2013

Bila Anak Cirit Birit...Jangan ambil Mudah..

Bermula dengan sakit perut yang dianggap perkara biasa...Sebenarnya ia boleh membawa keadaan yang lebih parah.Pada Minggu Pertama Bulan Mac  Si adik dah bagi  petanda  sakit pewot ...tapi bila keadaan cirit birit makin kerap  dan tidak aktif memberi gambaran keadaan adik makin teruk.


Lebih teruk bila adik dah mula tak nak makan..nasib dia minum jugak air  masak..bila ke klinik macam biasa lah doktor hanya bagi air garam dan ubat stop muntah and cirit....tapi it's getting worst..

Ok dipendekkan cerita after sehari si adik tak makan anything...n dia start demam.. saya start risau and terus bawak ke hospital..mana lagi kalu tak ke PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA aka PPUM aka Hospital Universiti PJ.Sebenarnya this is second time adik warded..first time masa setahun sebab jangkitan pada skin di Taska.


Bila Doktor  check and diagnose as acute gastroenteritis (AGE).. bahaya tu..boleh bawa maut.Cuma kondisi adik tak teruk tapi doktor terus drip air sebab demam dah tinggi and suspect ada infection pada usus. Bila doktor tanya ada bagi ubat apa-apa? yes ..doktor klinik ada bagi ubat stop muntah n cirit..and doktor find out if kalau berlaku cirit birit ubatnya airn air garam...dan pada anak2, tidak digalakkan pemberian ubat anti muntah dan anti diarrea..Ingat tu..sebab bila cirit time tu kuman or virus akan keluar..kalau di stop-stop tak kan keluarlah semua benda tu...lagi teruk kan..
 
ok apa itu AGE..Let's Check it Out.. kat link ini..sangat fruitful dengan Info...http://www.sioloon.com/t8626-cirit-birit-dikalangan-kanak-kanak
 
 
Hokey...Si adik pun admit ward untuk 4 hari..huhuu.. dalam ward no  antibiotik at all..cuma doktor drip and darah kurang potasium.After 4 days.adik dah kembali sihat,aktif dan makan seperti biasa.
 
disebabkan itu. diet mama pun terabai demi anak terchenta..Selama warded memang Mama lah orang yang resah sepanjang malam..
Risau kalau-kalau mama tertidur ...

Mama harap sangat lepas ni "no more admitted ward "ok ..bukan apa.hospital adalah tempat yang tidak selamat untuk kanak-kanak kerana mudah mendapat jangkitan..yang sihat leh dapat sakit, yang sakit kot takut lagi sakit..huhuhu..Apapun semua kuasa  Allah...
 
Mohon dipermudahkan segala kesukaran dan disihatkan tubuh badan semua ahli keluarga...;)
 
 

Monday, April 15, 2013

Farihin 6Yrs

Selamat Hari Jadi Abang...

Thursday, March 7, 2013

Minggu Senaman..Fuhh!!

Bila selesai Induction week 2 minggu dengan kadar Penurunan yang sangat Best..Mulalah bersemangat nak Bersenam..

Huhuhu!! Mr.husband Dah Encourage lagi suke...Of course Takde lah bersenam seminggu straight everyday..coz mama ni bukanlah larat sangat kan..

 Yang paling tak best waktu bersenam bila kaki cepat rasa sakit..memang buat mood sedikit kacau tapi takpe atleast mama dah hadkan senaman kardio sebab tak nak injured especially setelah ada kaki terseliuh gara-gara dek kedai makan yang mengemop lantai tanpa memberi amaran "Lantai Basah"...

Oklah mama nak shared sikit senaman apa yang mama buat..Bagi mama terpulang as long as kita rasa suka dengan sesuatu senaman itu dan ianya mengeluarkan peluh dengan membakar kalori kita...

Mama lebih senang memilih aerobik yang buat dirumah..Just 30 minit sekali bersenam...Janji kalori burn...

Oklah nanti mama share lagi lagi update brapa kg'sdah burn...wohohoho..tak sabarnya nak timbang (dalam hati takut nya kalau kg's turun sikit...)!!! ok...bye

Saturday, March 2, 2013

Induction Week Yang tidak mengecewakan...

Hari ni dah 2 minggu induction diet...Weeeee..sukanya !!Mama dah loss 5kg..fuh..itu tanpa bersenam yang konsisten..Agaklahkalau konsisten dengan senaman sure boleh turun more or less 15kg kot...huhuu..

Yesss!!..Semangat datanglah padaku.pasni minggu ni akan startlah senamanan..
Oklah saja share kat blog ni sebab nak betul-betul capai target.Sebelum ni semua dah cuba tapi "hangat-hangat Tahi ayam"..bukan tak berjaya turun tapi tak bersungguh kadar penurunan hanya 5-8kg...naik macam tu gak...

Maybe bila rasa badan dah senang dapat penyakit terus rasa nak berdiet bersungguh-sungguh..Diet Atkins jadi pilihan sebab teruja dengan blog Bicikut.blogspot.Banyak info kat situ..ok sharing is caring..nanti kite share info lagi kayh...

Thursday, December 20, 2012

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari RAYA! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Faryhyn & Fahym Balik kampung opah&tok, nenek&atok... 26 Ogos 2011 - KL - Ipoh - Kuala Kangsar - Tok Kun

Friday, August 19, 2011

Tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar...





Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. - iluvislam.com

Friday, April 15, 2011

Faryhyn 4 Years Old! Happy Birthday...





Faryhyn 14.4.11

 belajor kayuh...
model basikal...
benten...

Thursday, February 24, 2011

Wednesday, August 11, 2010

Selamat ber Puasa!

Di sertakan dokumen untuk panduan kita di bulan Ramadhan

Ramadhan Handbook - DOWNLOAD

Jadual Harian Seorang Muslim di Bulan Ramadhan - DOWNLOAD

Tahlil, Tarawih -DOWNLOAD

Monday, April 26, 2010

Friday, January 29, 2010

Tuesday, January 5, 2010

Faryhyn - Candid @ 2009


January 2009



Feb 2009



March 2009




April 2009



May 2009



June 2009





July


August 2009



September 2009



Oct 2009



Nov 2009




Dec 2009

Wednesday, December 30, 2009